Koleksi Soal Jawab Sakit Puan
Follow us on Twitter Subscribe to RSS Subscribe via Email

Thursday, 20 October 2011

Myvitrd  /  09:01  /    /  2 comments
Salam semua,




Wanita yang mengambil pil penahan haid berisiko mengalami pendarahan, senak seperti senggugut dan tekanan perasaan kesan sampingan ubat berkenaan. Senak dan tekanan perasaan itu dialami seolah-olah sama seperti wanita menjelang haid kerana perubahan selaput dalam rahim. Pendarahan pula mungkin berlaku jika mereka mengambil pil berkenaan untuk jangka masa lama, diantara tiga dan empat bulan.

Pengambilan pil dalam jangka masa lama boleh memberi kesan kepada selaput yang tidak boleh ditampung dalam rahim dengan sempurna. Setengah wanita yang mengalami pendarahan atau tompokan darah di antara dua dan tiga hari kerana proses keluruhan telur yang tidak sempurna. Pendarahan juga mungkin berlaku apabila wanita terbabit terlupa atau terlewat mengambil pil berkenaan. Ia juga berlaku apabila pengambilnya muntah atau mungkin mengambil ubat lain yang bercanggah dengan pil penahan haid terbabit.

Ramai wanita keliru dan mendakwa pendarahan itu adalah haid dan tidak melakukan ibadah seperti sembahyang dan berpuasa. Sebenarnya dari segi saintifik, darah yang keluar itu adalah darah penyakit dan tidak seharusnya wanita berkenaan meninggalkan amal ibadah yang diwajibkan terhadapnya. Masalah pendarahan itu dapat diatasi dengan menambah pengambilan pil berkenaan. Pil berkenaan yang mengandungi hormon kewanitaan bertujuan menampung selaput dalam rahim daripada luruh.

Keseluruhan selaput itu menandakan wanita terbabit didatangi haid dan pil penahan haid bertujuan menambah hormon kewanitaan berkenaan bagi mengelakkan selaput berkenaan gugur. Bagaimanapun, setiap wanita yang ingin mengambil pil berkenaan perlu mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu. Pengambilan pil penahan haid adalah perkara biasa terutama dikalangan wanita Islam yang akan menunaikan haji atau umrah. Pengambilannya biasa diamalkan masyarakat Hindu yang percaya melakukan hubungan seks pada waktu tertentu amat baik dan isteri memastikan mereka tidak didatangi haid ketika itu.

Petikan : Metro, Ahad, 16 September 2001

Wednesday, 19 October 2011

Myvitrd  /  16:36  /    /  No comments
Salam semua,


Harapan setiap pasangan yang berkahwin mengidamkan anak sebagai penyambung zuriat dan kasih sayang.

Masalah tidak subur atau mandul boleh berlaku dikalangan lelaki atau wanita dan yang mengalaminya juga bukan sedikit. Bagaimanapun, pasangan terbabit tidak boleh saling menyalahkan antara satu sama lain kerana banyak punca yang menyebabkan keadaan ini. Bagi setengah kes, kedua-dua pasangan subur tetapi tahap kesuburan itu pula berbeza. Contohnya, tahap kesuburan suami mungkin tinggi tetapi isterinya rendah dan ini boleh menyebabkan kesukaran mendapatkan anak.

Bagi kebanyakan wanita, usia adalah satu daripada faktor utama yang boleh menyebabkan masalah ini berlaku. Kesuburan seorang wanita mula menurun selepas usia 25 tahun dan selepas 45 tahun, tahap kesuburan mereka cuma tinggal kira-kira 50 peratus. Ramai wanita yang begitu inginkan anak tetapi blum berjaya memperolehinya selepas bertahun-tahun mendirikan rumahtangga. Bagaimanapun perlu diketahui bukan hanya faktor fizikal yang menjadikan halangan atau punca berlakunya ketidaksuburan dikalangan wanita. Ia sebenarnya banyak membabitkan perkara lain selain daripada keadaan tidak subur, contohnya masalah tekanan emosi serta faktor psikologi contohnya keinginan yang keterlaluan untuk mendapatkan anak. Ada wanita yang malu serta berasa begitu tertekan apabila tidak mendapat anak selepas beberapa tahun berkahwin.

Bagi kes seperti ini, pasangan seharusnya bersikap tenang dan matang untuk menghadapi masalah. Mereka sepatutnya datang membuat pemeriksaan dan berbincang mengenai masalah itu bersama doktor, kaunselor perkahwinan atau pakar psikiatris. Ini membolehkan pasangan terbabit berbincang mengenai satu isu yang dianggap sensetif dalam keadaan tenang dan terbuka. Pemeriksaan terhadap masalah ketidaksuburan dikalangan wanita membabitkan  beberapa prosedur dan antaranya ialah :

  • Membuat catitan harian terhadap pusingan haidnya bagi melihat sama ada ia tetap atau sering tidak teratur.
  • Membuat pemeriksaan terhadap bahagian sulit wanita terbabit bagi memastikan jika ia bertindak balas dengan rawatan hormon.
  • Melakukan pemeriksaan dalaman biasanya menggunakan laparoskopi (sejenis alat berupa jarum panjang yang mempunyai kamera serta dimasukkan ke perut untuk melihat keadaan bahagian terbabit).
  • Melihat keadaan salur fallopia wanita terbabit melalui x-ray bagi mengenalpasti jika ada bahagian yang tersumbat.
  • Mengambil contoh darah atau air kencing bagi mendapatkan tahap penghasilan hormon progesterone dalam badan wanita terbabit.

Proses itu kadang kala mengambil masa dan wanita terbabit perlu bersabar serta cukup bersedia dari segi psikologi. Ini kerana hasil yang diperolehi kelak mungkin menggembirakan atau mengecewakan mereka. Kegagalan menghasilkan jumlah telur yang berpatutan, biasanya boleh diatasi dengan bantuan beberapa ubatan daripada jenis dadah tertentu. Bahan ini juga boleh digunakan lelaki tetapi sebenarnya lebih berkesan kepada wanita.

Pada peringkat permulaan, contoh dadah berkenaan akan digunakan untuk merangsang proses ovulasi dan ini berterusan sehingga doktor berpuas hati dengan tahapnya. Bagaimanapun, jika percubaan ini gagal, rawatan secara terapi hormon perlu dilakukan. Dibarat, hampir dua pertiga wanita yang menjalani rawatan berjaya hamil melalui kaedah ini. Tempoh paling singkat biasanya ialah antara tiga hingga empat bulan selepas rawatan dilakukan.

Petikan : Metro, Ahad, 9 September 2001
Oleh : NORHAZIFAH SHAMSUDDIN zifah@hmetro.com.my

Search